Followers

Our Little Baby.. :)

Saturday, May 19, 2012

Sel Stem Darah Tali Pusat part.2


Assalamualaikum..

Ok, ke Sel Stem Darah Tali Pusat Bayi part.2.. 


Kalau tak hari Jumaat yana dan incik suami akan ke ofis Cellsafe di Mid Valley untuk sign up kan pakej yang kitaorang pilih. Tapi atas beberapa urusan kitaorang tak dapat pegi pada hari tersebut.. Oleh itu, kitaorang settlekan pada hari ini iaitu Sabtu. Nak pilih minggu depan nanti kena amik cuti pula. Tapi weekend ofis Cellsafe tutup, so kitaorang jumpa agentnya di Sunway Medical Centre memandangkan diaorang ada buka booth di situ..


Setelah faham mengenai Sel Stem Darah Tali Pusat (boleh rujuk di part.1), setelah memilih bank sel stem yang ada dan pakejnya.. Langkah seterusnya adalah membuat pembayaran dan sign kontrak dengan pihak bank sel stem tersebut. 








Husband & wife perlu hadir bersama semasa sesi ini..
Perlu memaklumkan lokasi untuk deliver dan nama 
doktor yang akan sambut baby nanti.. 




Dalam beg ni dah dibekalkan barang2 yang perlu
dibawa bersama semasa ke hospital nanti, iaitu:




Cord Blood Collection Kit.. Kit ni kena bawa bersama
ke hospital. Dalam kit ni la akan disimpan darah tali pusat
dan akan diambil oleh pihak Cellsafe ke bank sel stem.
Jangan lupa bawa ye.. Andai kata terlupa, masa otw tu boleh
call pihak Cellsafe dan diaorang akan hantar kit yang baru ke hospital..


Ok, apa ada dalam ni,





Blood beg..





Blood beg untuk darah ibu.. Darah ibu pun akan di ambil oleh doktor 
dengan tujuan untuk pemeriksaan mengesan jika ada penyakit @ virus 
yang tidak dapat dikesan daripada ujian darah tali pusat tersebut.





Ini adalah blood beg untuk menyimpan darah tali pusat tersebut
yang akan diambil oleh doktor setelah bayi selamat dilahirkan..




Prosedur yang akan dilakukan sepanjang proses dari bayi
dilahirkan hingga darah sel stem tersebut selamat di simpan
di bank sel stem..


Maklumat lanjut di Cellsafe International sdn.bhd


Jom simpan sel stem darah tali pusat bayi anda kerana ia mempunyai banyak kebaikan yang akan membantu bayi dan keluarga anda kelak. Bukan nak minta sakit tetapi lebih kepada konsep sediakan payung sebelum hujan. Kalau bukan untuk anak kita dan keluarga, boleh digunakan untuk membantu orang lain yang memerlukan.

Monday, May 14, 2012

Sel Stem Darah Tali Pusat Part.1


Assalamualaikum..

Semalam di Mother & Baby expo 2012 di Mid Valley, yana dan suami berpeluang tau dengan lebih lanjut mengenai sel stem tali pusat baby.. Sebelum2 ni tau gitu2 je bila Dr.Syeikh Muszaphar juga menyimpan sel stem darah tali pusat anak beliau di bank sel stem Cellsafe. Sebenarnya sangat bagus untuk simpan sel stem tersebut demi kebaikan kesihatan anak kita. Lebih kurang macam bio insurans la.. 




Ok, jom kita tengok detail apa itu sel stem tali pusat?

Darah tali pusat (cord blood) atau disebut “placental blood” adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong. Darah di dalam tali pusat bayi anda ini adalah sumber “stem cell” yang sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.

Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel baru yang sihat.


 Cord blood di ambil


Bagaimana sel stem tali pusat ini dikumpulkan? 

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan di kepit dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman, doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam talipusat akan mengalir kedalam plastik bag. Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi.


Dianggarkan 70 penyakit boleh dirawat menggunakan sel stem darah tali pusat. Ni yana senaraikan separuh darinya yang penting.
  • Barah darah
  • Penyakit darah (talasemia)
  • Penyakit metabolik
  • Keimunan
  • Jantung
  • Diabetes
  • Parkinson





Mengapa perlu menyimpan sel darah tali pusat anak anda?
  • Ia adalah aset biologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi atau ahli keluarga.
  • Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko pada ibu dan bayi
  • Berbanding sel stem daripada sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah
  • Jika dibandingkan dengan pengambilan sel stem tulang sum-sum, proses pengambilan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tiada risiko untuk bayi dan ibu. Ia hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.
  • Sel stem darah tali pusat tidak memiliki tarikh luput, boleh diwarisi asalkan disimpan dengan teknik yang betul. Ia lebih bagus daripada sel stem tulang sum-sum kerana tidak terdedah pada kuman (kerana diambil sebaik saja bayi dilahirkan) berbanding sel stem tulang sum-sum.


Paling penting, bagaimana pula dari segi hukum untuk menyimpan sel stem darah tali pusat ini?

Mengenai soal hukum penggunaan sel stem dalam bidang perubatan di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah mengeluarkan fatwa bahawa sel stem boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kaji selidik dengan syarat2 tertentu iaitu sel stem dewasa dan sel stem daripada kanak2 yang ingin digunakan harus mendapat keizinan daripada ibu bapanya dan prosedurnya tidak memudaratkan. Lebih lanjut boleh rujuk web Yadim. Bacaan tambahan boleh rujuk di e-fatwa ini..



Ok, jom tengok cara pengurusan dan penyimpan sel stem darah tali pusat ni..


Di Malaysia ada beberapa bank sel stem darah tali pusat ditubuhkan. Yang yana dengar di expo baru2 ni. Antara yang famous di Malaysia ialah Cellsafe International sdn.bhd di mana dutanya ialah Dr.Syeikh Muszaphar yang juga menyimpan sel stem darah tali pusat anak beliau di situ. Untuk keterangan lanjut, sila buka web Cellsafe


Ini antara gambaran sel stem darah tali pusat bayi di ambil dan di simpan..



Proses untuk mengambil sel stem setelah bayi dilahirkan 
akan dilakukan oleh doktor dan setelah itu pihak Cellsafe akan 
datang ke hospital untukmengutipnya dan disimpan di 
bank sel stem dengan selamat.. 


Mesti ada yang tertanya2.. Berapa kos untuk menyimpan sel stem darah tali pusat ini? Yana dulu pun tertanya2 juga dan menjangkakan mesti menjangkau puluhan ribu kot.. Ini anggaran kos yang yana tau dari Cellsafe:




Yana dan suami decide untuk ambil silver pakej je.. So, yang Platinum
andd Diamond yana tak terangkan la ye.. Silver pakej, kos perkhidmatan
penyimpanan sel stem  adalah RM2,500 untuk permulaan dan untuk
yuran tahunan ibu bapa perlu membayar RM250 sahaja. Sel stem ini boleh
di simpan sehingga anak berumur 20 tahun.. Lepas tu anak bayar sendiri pula..



Penting ke untuk simpan sel stem darah tali pusat bayi anda?

Yana pun tak tau sangat pasal ni sebelum ni. Tapi yana buat sedikit pembacaan, research and asking around yana rasa perlu untuk kita simpan sel stem ini at least untuk seorang anak. Sebagai ibu bapa, sudah semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak2 kita. Kita juga tak tahu akan masa hadapan kesihatan mereka. Dengan menyimpan sel stem darah tali pusat bayi kita, ia akan dapat digunakan suatu hari nanti jika bayi tersebut memerlukan dan juga boleh membantu ahli keluarganya. 


Siapa yang boleh guna sel stem darah tali pusat ni:

  1. Your baby (100%)
  2. Parents (Moderate chance)
  3. Siblings (High chance)
  4. Close Relatives (Low chance)

Ok, jom tengok video ni yang memaparkan mengenai kisah seorang ibu yang telah dapat menyelamatkan anak sulungnya yang menghidap leukemia dengan menggunakan sel stem darah tali pusat bayi keduanya. 




Seperti yang diperkatakan, sel stem darah tali pusat bayi dapat melindungi bukan sahaja bayi tersebut malahan ibu bapanya dan  saudara maranya. Dengan adanya sel stem darah tali pusat sendiri untuk keluarga sendiri, keputusan yang lebih berkesan telah diambil berbanding dengan penggunaan sel stem dari penderma yang bukan pertalian keluarga.. Baca sini mengenai kisah Dr.Syeikh Muszaphar menyimpan sel stem anak beliau..


Jumaat ni lepas check up dengan gynae, yana dan suami akan ke Cellsafe. Part.2 nanti yana ceritakan segala prosedur yang perlu dilakukan untuk menyimpan sel stem ni nanti..



ps: To our baby.. Mama, papa sayang kamu sangat2. Sebab tu papa dan mama decide untuk simpan sel stem darah tali pusat ni nanti untuk kegunaan di masa hadapan jika diperlukan. Niatkan juga untuk menggunakan sel stem ini bukan sahaja untuk diri sendiri dan keluarga, tapi juga untuk membantu orang lain jika memerlukan.. 

Monday, May 7, 2012

Botol Susu...


Assalamualaikum..


Dah nak masuk 34wk.. Wahh..cepatnya masa berjalan.. Baru2 ni yana pegi check up dengan Dato' Dr.Hamid Arshat, doktor scan dan nampak macam yana akan bersalin 2 minggu awal dari due date 15 Jun.. Sangat teruja masa dengar tu + panik kejap.. huhu.. Penantian tiga tahun akan berakhir. hehe.. Kalau baby keluar hujung bulan ni maknanya hadiah anniversary mama papa la ni.. Wahhh..


Okla, hari ni nak cakap pasal botol susu boleh.. Walaupun takde pengalaman lagi kan.. hehehe. Botol susu apa yang korang guna ye??


Serius yana memang tak tau apa2 pasal botol susu masa mula2 nak membeli dulu.. Pening juga la memilih.. Kalau zaman2 kita dulu, botol susu gambar kartun2 je.. Harga pun murah.. Tapi zaman sekarang.. macam2 jenis dah ada kaca la apa la dan harga boleh tahan mahal..


Hasil survey, tanya kawan2 dan membaca.. Yana memilih botol Tommee Tippee. Mulanya nak amik Avent yang sangat famous tu. Tapi bila kawan suggest Tommee Tippee ni lagi unik memandangkan puting botol susu tu menyerupai nipple ibu.. Yana pun terus la beli.. Amik yang 9oz terus..




Yana amik yang pink colour ni la.. hehe
Takpela walaupun baby boy..Botol je yang pink..
Yang lain dah banyak blue colour.



Botol kedua pula yana amik Calma by Medela memandangkan breastpump yana Medela.. Calma ni pun sangat unik lebih kurang Tommee Tipee. Yana sangat suka botol susu yang putingnya menyerupai nipple ibu supaya baby tak confius nanti bila kadang2 tukar dari breast ke botol susu.. 




Calma by Medela..




 Ni apa yang yana copy paste pasal Calma by Medela..


Calma isn't just another nipple. It was developed after research and is used in conjunction with a BPA-free breast milk bottle. Both were designed to help babies to maintain their natural feeding behavior so that they can transition from bottle back to breast with ease..

Medela based the design on research published in Early Human Development, which concluded that "babies create a vacuum when extracting milk from the breast, which is a method different than the wave-like movement that was previously understood."

The Calma nipple only allows babies to drink when they create a vacuum, mimicking breastfeeding. As a result, when babies switch from the breast to the bottle and back to the breast again, they feed in the same manner.


Dua jenis botol ni je la yang yana beli buat masa sekarang.. Tetiba yana jumpa satu jenis botol ni lagi yang lagila unik dan fungsinya pun menyerupai breast ibu.. 




Mimijumi- not so hungry bottle from Japan..
Easy to open
Easy to clean
Integrated venting prevents colic
Screw on one-piece nipple
Skid-free base
Dishwasher and microwave safe
BPA-, latex-, and EA- free
Exceeds US safety standards
 





Ibu2 yang fully breastfeed baby mesti pening pikir macam mana penerimaan baby bila tukar ke botol bila dah start keje. Ada sesetengah baby yang tak nak minum botol sebab tak biasa.. Mimijumi ni la solutionnya sebab designnya memang hampir sama dengan breast ibu..


Ini yana copy paste je dari sini..

1) Bentuk Puting
  • Design dan warna coklat menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak mengalami kekeliruan denagn puting ibu. Tidak dinafikan puting ibu mempunyai berbeza-beza warna. Ada yg coklat lembut, ada yang coklot gelap, ada yang coklat kehitaman. Tetapi secara visualize bayi masih boleh menganggap puting Mimijumi seakan puting ibunya. 
  • Teksture puting ini lembut seakan-akan puting ibu

2) Material
  • Botol - Dibuat daripada plastik EMS Grilamid XE-3997  dari Switzerland. Seperti yang diketahui material dari negara eropah ini memang terbukti selamat dan mendapat kelulusan antrabangsa. Botol ini tebal, permukaannya jernih seperti botol kaca dan ringan untuk dipegang oleh bayi. Plastik jenis ini lebih baik dari plastik jenicPC, PP dan PES.
  • Puting dibuat dari silicone yang selamat untuk bayi dan tidak mengandungi latex.

3) "Wide neck style" -  memudahkan proses pembesihan di bahagian dalam botol

4) Free from BPA, Lead, Phthalates, Latex.


Nak beli yang ni.. Tapi dah ada dua botol.. Next time pula.. Sape2 yang dah guna Mimijumi sila buat review.. Kat Malaysia tak banyak lagi pengunaannya..


ps: Tak sabarnya mama nak susukan baby mama nih.. :)